Tarikh :7-9 MEI 2009
Tempat lawatan: PERAK DARUL RIDZUAN
Destinasi pertama adalah Menara Condong di Teluk Intan.
Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.
Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan satu memorial penting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat negeri Perak.
Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga merupakan sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.
Episod sejarah penentangan dan perjuangan anak watan negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya dipamerkan dalam bentuk diorama di Terowong Sejarah.
Pilot yang hensem lagi kacak yang menjalankan tugas dengan baik di mana perjalanan kami pergi dan balik dalam keadaan selamat. Mr Joe Kuntai
Cikgu Zaharah selaku incharge untuk lawatan ini sedang memberikan soalan kuiz. soalan mudah hadiah lumayan. satu soalan di Jawab dengan betul dan tepat akan menerima RM10.
yang ni mula-mula malu nak ambik gambor pasal muka dia dah naik bintik-bintik.. nasib baik bukan selsema b_b* hehehehe
" dah berapa lama abang keje buat menda ni..?" "Abg dah kawin ke belum..?" "banyak ke gaji keje ni bang"Bang mintak no tel leh..?
"aduhhh sakit kepala aku melayan dia orang ni belinya tidak product aku"
"alamak tak tahannya lah aku nak kencing ni"
yang ni memang kaki posing. cita-cita nak jadi model tapi kerana sebab-sebab yang tak dapat di elakkan kemungkinan layak untuk seisi uji bakat model pakaian kanak-kanak bawah 12 tahun
"Best tul.. 2 x lagi aku nak naik.."si baju kuning. "Aku tak kira aku nak naik 5 x lagi" si baju hitam.
"Eh macam mana aku leh lepas sorang jer ni. tadi aku rasa naik berdua. mana anak aku tadi cicir plak." " "kalau macam aku kena naik sekali lagi lah".(kalau leh sampai petang aku nak main sliding ni)
"Aduhh pening kepala aku . Macam mana aku leh wat terjun tiruk plak tadi."
"Aduh beratnyalah beg ni... apa dia orang taruk ni takkan dia orang nak bawak balik batu plak."
"aduh beratnyalah beg ni dia orang kalau dah tau nak mandi tu pakai lah swimming suit jer ni tidak. dah lah tu aku berdua jer plak yang kena angkat. kalaulah beg ni putus mampus lah aku gak yang kena ganti.
"kan aku dah cakap tadi putus tali ni gayanya kang . , ni dah putus mampuslah aku kena ganti.
"Kucing..kucing ko tolong bagi tau cikgu aku, aku tak nak balik lagi. aku tak puas lagi nak mandi ni boleh tak?"
"macam mana ada lipas separuh plak dalam nasi ni, mana lagi separuh ?"" eh nampak macam kesan gigi aku jer kat badan lipas ni.""jangan-jangan aku dah telan"" alah sedap gak rasanya tadi"
No comments:
Post a Comment