Ke Kuala Gandah Sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon pihak kami untuk memudahkan urusan lawatan dan mengetahui sama ada pusat kami boleh menampung lawatan anda terutamanya jika anda disertai oleh rombongan yang besar. Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga anda semua ceria dan gembira di atas kunjungan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Sokongan dan Sumbangan Anda Diperlukan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Berbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada samaada untuk penyelidikan dan pembangunan atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat latihan dan konservasi gajah yang terkenal di rantau ini. Apa jua jenis bantuan dan sokongan amat dihargai. Anda boleh membuat pertanyaan tentang bagaimana anda boleh membantu dan membuat sumbangan secara langsung dengan kakitangan pusat. Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Tabung Amanah Gajah bagi membolehkan sumbangan ditabungkan. Segala pertanyaan boleh dimajukan kepada kakitangan pusat atau diposkan kepada : Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Jabatan PERHILITAN Kuala Gandah, 28500 Lanchang Pahang Darul Makmur, Malaysia Tel: 09-279 0391 Faks: 03-279 0398 Hari | Masa | Isnin – Ahad | 8.00 pagi - 1.00 tengahari 2.30 petang - 4.30 petang | Jumaat | 8.00 pagi - 12.30 tengahari 2.30 petang - 4.30 petang | |
No comments:
Post a Comment