Sunday, May 10, 2009

ABS ke Perak

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB SENI SMK ABU BAKAR TEMERLOH
Tarikh :7-9 MEI 2009
Tempat lawatan: PERAK DARUL RIDZUAN

Jumlah peserta : 42 orang

Destinasi pertama adalah Menara Condong di Teluk Intan.

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.

Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.


Destinasi kedua adalah Komplek Muzium Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan satu memorial penting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat negeri Perak.

Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga merupakan sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Episod sejarah penentangan dan perjuangan anak watan negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya dipamerkan dalam bentuk diorama di Terowong Sejarah.



Tiba di Bandaraya Ipoh

Pilot yang hensem lagi kacak yang menjalankan tugas dengan baik di mana perjalanan kami pergi dan balik dalam keadaan selamat. Mr Joe Kuntai

Cikgu Zaharah selaku incharge untuk lawatan ini sedang memberikan soalan kuiz. soalan mudah hadiah lumayan. satu soalan di Jawab dengan betul dan tepat akan menerima RM10.
Hari kedua

Mercu tanda Kuala K angsar Bandar Di Raja.
Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Perak yang mana caw. ini menyediakan 2 latihan untuk pelati iaitu Tekat Benang Emas dan Kraf Seramik.
Pilih jangan tak pilih Cikgu

amboi mesranya dia......
sampai terlopong mulut melihat labu sayong

hi sempat lagi menjeling nampak..

yang ni mula-mula malu nak ambik gambor pasal muka dia dah naik bintik-bintik.. nasib baik bukan selsema b_b* hehehehe

senangnya hati
kalau dah berkenan tu kena lah bayor kan

posing maut
sukanya ko Azan

hi ada sape-sape nak kenalan ke.. I solo lg ?

tekun dan asyik melihat keje Tekat benang emas ni. kerja yang memang rumit dan memerlukan kesabaran


sibuk amik note mana lah tau kot-kot ada kuar soalan kuiz kang
" dah berapa lama abang keje buat menda ni..?" "Abg dah kawin ke belum..?" "banyak ke gaji keje ni bang"Bang mintak no tel leh..?
"Tapi bang saya betul dah tertarik ni bang terimalah saya seadanya bang"
"Ni lah caranya untuk membuat acuan. namapk macam senang tapi kalau salah teknik acuan mungkin tak sama."

eeiiiii mcm mana leh jadi macam tu kan.,,,,,,,


"aduhhh sakit kepala aku melayan dia orang ni belinya tidak product aku"


menanggalkan labu dari sarang acuan. mula-mula susah dan takut patah. tapi bila dah berjaya mengeluarkanya rasa seronok plak. rasa macam nak keje kat situ plak
"alamak tak tahannya lah aku nak kencing ni"

peace
yang ni memang kaki posing. cita-cita nak jadi model tapi kerana sebab-sebab yang tak dapat di elakkan kemungkinan layak untuk seisi uji bakat model pakaian kanak-kanak bawah 12 tahun
Di hadapan Geleri Sultan Azlan Shah
"Ambil elok-elok yea ni aku posing gambar ni nak bagi kat pak we tau"


posing iklan balik kampung di hari raya
yang ni memang kaki kara ok. tunggu masa jer nak masuk AF9.
Shopping di Jaya Jusco Di Kinta City
Yang sangat-sangat di nantikan inilah tempatnya
mencari mangsa
aktiviti tambahan yang boleh di lakukan di sini adalah memberi ikan makan dan mengayuh di belakang itik
"Fuhhh beh betoi.... sampai hilang suara menjerit" moh kita naik 8 x lagi.
"opppps jangan terbalik dah aku dah lah tak pandai berenang"
"hoi cepat sikit kita naik lagi"
"Best tul.. 2 x lagi aku nak naik.."si baju kuning. "Aku tak kira aku nak naik 5 x lagi" si baju hitam.
"Eh macam mana aku leh lepas sorang jer ni. tadi aku rasa naik berdua. mana anak aku tadi cicir plak." " "kalau macam aku kena naik sekali lagi lah".(kalau leh sampai petang aku nak main sliding ni)
"yo... beh giler.. sape tak gi tu rugi lah kat penderas pun tak macam ni"

"saya takut air tapi buat-buatlah macam mandi herheheh"
"Aduhh pening kepala aku . Macam mana aku leh wat terjun tiruk plak tadi."

"janganlah cucuk aku gelilah"
"Aduh beratnyalah beg ni... apa dia orang taruk ni takkan dia orang nak bawak balik batu plak."
renungan yang jauh dan tajam.

"alamak ada air masuk telinga lah"
"aduh beratnyalah beg ni dia orang kalau dah tau nak mandi tu pakai lah swimming suit jer ni tidak. dah lah tu aku berdua jer plak yang kena angkat. kalaulah beg ni putus mampus lah aku gak yang kena ganti.
"kan aku dah cakap tadi putus tali ni gayanya kang . , ni dah putus mampuslah aku kena ganti.
"Kucing..kucing ko tolong bagi tau cikgu aku, aku tak nak balik lagi. aku tak puas lagi nak mandi ni boleh tak?"
"tak dapat peluk bob peluk kucing pun jadilah"

laporrrr.............

"macam mana ada lipas separuh plak dalam nasi ni, mana lagi separuh ?"" eh nampak macam kesan gigi aku jer kat badan lipas ni.""jangan-jangan aku dah telan"" alah sedap gak rasanya tadi"

Selamat tinggal Hotel Sun Inns
"Pakcik... bagi limau ais 2." si baju hijau
"buang tebiat ke ingat dalam kapal terbang ke.." pakcik

"eh engko mulut tu jangan terlopong jer nanti lalat masuk"
bestttttt kami nak pergi lagi mandi laut plak tahun depan............
wajah-wajah yang keletihan