Tuesday, July 21, 2009

JIA EU ,PANANTARA DAN CHIN SUN DI SAIGON


LAWATAN MEMBELI BELAH 3H2M
JIA EU DEVELOPMENT,CHIN SUN SDN BHD
&
PANANTARA SDN BHD
TARIKH ; 16-18 JULAI 2009
TEMPAT : HO CHIH MINH CITY (SAIGON) VIETNAM
JUMLAH PESERTA: 15 ORANG
Hari 01 :
Berlepas dari Temerloh seawal jam 03.00 pagi. Tiba di LCCT, urusan daftar masuk oleh wakil Jaz Holiday. Penerbangan ke Saigon dijadual berlepas pada jam 09.35 pagi dan tiba di Saigon pada jam 10.30 pagi waktu Saigon. Dijemput oleh wakil kami dan dibawa ke hotel penginapan untuk berehat. Tengahari, dijemput untuk makan tengahari di Restoren Halal @ Saigon (makanan Saigon). Petang, dijemput untuk makan malam di Restoren Kedai Samsudin (makanan Melayu). (T/M)

Hari 02 :
Selepas sarapan pagi (murtabak) yang dihantar ke hotel, dibawa ke My Tho untuk meaiki bot ke pulau. Lawat dusun buah-buahan dan berpeluang menikmati kelazatan buah-buahan tempatan (mengikut musim). Kembali ke Bandar Saigon dan makan tengahari di Kedai Samsudin (makanan Melayu). Bebas untuk membeli-belah di Pasar Ben Thanh sebelum dijemput untuk makan malam. Makan malam di Restoren Halal @ Saigon (makanan Saigon).(S/T/M)

Hari 03 :Selepas bersarapan pagi dengan bi hun goreng yang dihantar ke hotel, acara bebas sebelum urusan daftar keluar pada jam 11.30 pagi. 12.00 tengahari, dijemput ke Restoren Ali Ba Ba (makanan India) untuk makan tengahari. Tetamu dinasihatkan membeli makanan (bungkus) untuk makan malam. Kemudian, tetamu dibawa untuk lawatan setengah hari di Bandar Saigon ~ lawat Muzium Sejarah, Muzium Perang dan pusat kraftangan sebelum dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. (S)




Persembahan muzik dan lagu tradisional Vietnam.

antara buah-buahan yang terdapat di delta Mekong.



No pendaftran kenderaan terdapat juga pada badan kenderaan.


Pemandangan sawah bendang yang indah sewaktu dalam perjalanan dari Saigon ke Delta Mekong



PETA MENUNUJKAN POSISI PULAU DI DELTA MEKONG
Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.


PINTU MASUK DARI ARAH BELAKANG PASAR BEN THANH


SUASANA DI DALAM PEJABAT POS YANG MENJADI TUMPUAN BUKAN SAHAJA UNTUK URUSAN POS TAPI JUGA UNTUK DI LAWATI KERANA KE UNIKAN REKABENTUKNYA.



BAGAIMANALAH YEA JIKA INGIN MEMPERBAIKI KEROSAKAN PADA SATU-SATU TELEFON ATAU ELEKTRIK JIKA WAYARNYA BEGINI.


MENIKMATI MAKANAN DI HALAL SAIGON.


BEGINILAH PEMANDANGAN BANDAR SAIGON DARI UDARA. TERLALU PADAT NAMUN TIADA BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT SEPERTI DI KUALA LUMPUR.


MENAIKI BOT UNTUK KE PULAU DI DELTA MEKONG


JETI UNTUK MENAIKI BOT KE PULAU DI DELTA MEKONG.


SUDAH MENJADI KEBIASAAN PENUNGGANG MOTORSIKAL DI BANDAR SAIGON INI MENGUNAKAN PENUTUP MULUT DAN HIDUNG BAGI MENGELAKAN DARI PENCEMARAN UDARA DEBU DAN ASAP


MELIHAT PEMBUATAN SENI KRAFTANGAN YANG TERKENAL DI BANDAR SAIGON.


ANTARA KOLEKSI DI MUZIUM PERANG.

HOTEL BERTARAF 3 BINTANG INI HANYA 5 MINIT BERJALAN KAKI UNTUK KE PASAR BEN THANH.
ANTARN LUKISAN TENUN YANG MENJADI TARIKAN DI PASAR BEN THANH
PELBAGAI JENIS KAIN PASANG YANG DI JUAL DARI HARGA RM 30-RM 70 SEPASANG. SESUAI UNTUK BAJU KURUNG,KEBAYA ,JUBAH DAN PELBAGAI LAGI MENGIKUT KEHENDAK MASING-MASING.
CALCULATOR ADALAH BAHASA PENGHUBUNG YANG PALING MUDAH DI GUNAKAN DI SINI.

ANEKA KRAFTANGAN YANG DI JUAL DENGAN HARGA YANG MURAH.
MENIKMATI HIDANGAN DI RESTORAN SHAMSUDIN. DI SINI JUGA BOLEH DI DAPATI KRAFTANGAN LARQUE TULISAN KHAT.
HAJI AZAHARI YANG BEKERJA DI RESTOREN SHAMSUDIN JUGA MENJALANKAN PERNIAGAAN TELEKUNG YANG CANTIK DAN MURAH. PELBAGAI PILIHAN BOLEH DIDAPATI DI RUMAHNYA.
MISS HANG TOUR GUIDE YANG SANGAT RAMAH DAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG BAIK UNTUK GROUP INI.
BINTHAY MARKET INI TERLETAK DI CHINA TOWN. DI SINI KEBANYAKAN BARANG DI JUAL SECARA BORONG TAPI SEBAHAGIAN ADA JUGA YANG MENJUAL SECARA RUNCIT.
PEKERJA KRAFTANGAN INIKEBANYAKANNYA DARI GOLONGAN OKU.
COASTER YANG AMAT SELESA UNTUK GROUP 12-18 ORG.
INILAH BARISAN MISS UNIVERSE SAIGON 2009....
DI DEPAN REUNION PALACE

PUAS BERSHOPPING......PULANG DENGAN GEMBIRA.....

Friday, July 3, 2009

Melancong ke Minangkabau@ Padang& Bukit Tinggi


Bersama Jaz Holiday Services Sdn Bhd

Air Terjun Lembah Anai

Rumah Adat Minangkabau


PAKEJ PADANG – BUKIT TINGGI TOUR (MINANGKABAU TOUR)

4 HARI 3 MALAM

HARI 01 : AIRPORT – PADANG CITY TOUR – BUKIT TINGGI ( L , D )

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, peserta di bawa ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan singgah di Air Terjun Lembah Anai, Desa Kerajinan Songket Pandai Sikek. Check in hotel. Dinner ala Minangkabau

HARI 02 : BUKIT TINGGI – BATU SANGKAR - PAYAKUMBUH TOUR ( B , L , D )

  • Lawatan bermula ke Batu Sangkar, dalam perjalanan singgah di Tabek Patah yang terkenal dengan pemandangan indah. Selepas makan tengahari di restoran tempatan, peserta di bawa melawat Istana Putri Selindung Bulan, Danau Singkarak, dan kembali ke Bukit Tinggi melewati Padang Panjang dan singgah di Minangkabau Village. Kembali ke Hotel dan aktiviti bebas.

HARI 03 : BUKIT TINGGI – AIRPORT ( B , L , D )

  • Lawatan merangkumi panorama Ngarai Sianok, Jam Gadang, dan Pasar Atas Bukit Tinggi. Selepas itu, peserta di bawa ke Tasik Maninjau melalui Kelok 44. selepas makan tengahari di restoran tempatan, bertolak ke padang untuk melawat Pantai Padang, Pelabuhan Lama Padang, dan Jambatan Siti Nurbaya seterusnya check in hotel. Aktiviti bebas.

HARI 04 : HOTEL – AIRPORT ( B )

    • Selepas sarapan, aktiviti bebas sehingga tiba waktu bertolak pulang.
Harga Promosi RM 495.00 min 4 dewasa

Sunday, June 14, 2009

UITM PAHANG KE PADANG - BUKIT TINGGI








Rumah Gadang Tuan Gadih Istano Si Linduang Bulan adalah rumah gadang yang sangat khusus dengan style “Alang Babega”.Mempunyai tujuh buah gonjong (tajuk) yang megah seakan mencucuk langit. Sedangkan rumah gadang lain yang ada di Minangkabau memakai bermacam style: Gajah Maharam, Rajo Babandiang, Sitinjau Lauik dan sebagainya. Style “Alang Babega “ merupakan khas style rumah gadang raja.

Istano Si Linduang Bulan disebut juga rumah gadang sambilan ruang dengan ukuran 28 x 8 meter dan di halamannya berdiri dua buah rangkiang; Si Bayau-bayau dan Si Tinjau Lauik. Rumah Gadang ini mempunyai empat buah bilik atau kamar tidur dan dua buah anjuang di samping kanan Anjuang Emas dan di samping kiri Anjuang Perak. Di bagian belakangnya terdapat sebuah dapur yang khas. Tiang penyangga rumah gadang ini berjumlah 52 buah terdiri dari: delapan buah di barisan depan disebut Tiang tapi panagua alek. Barisan kedua memanjang bangunan terdapat 12 buah tiang yang disebut Tiang tamban suko mananti, barisan ketiga memanjang bangunan terdapat 12 buah tiang yang disebut Tiang tangah manti salapan, salah satu dari 12 tiang ini disebut Tonggak Tuo atau disebut juga Tiang panjang simajolelo yang terletak di bagian kanan setelah pintu masuk. Barisan keempat berjumlah 12 tiang disebut “Tiang dalam puti bakuruang” yang menjadi penopang bagian tengah rumah. Selanjutnya 12 tiang lagi disebut tiang salek dindiangnyo samiek. Barisan tiang ini membatasi dinding belakang dengan bagian muka bilik atau ruang tidur. Delapan tiang lagi di bagian belakang disebut Tiang dapua suko dilabo. Kedua anjuang di ujung kiri dan kanan rumah adalah tempat “Kedudukan Rajo” atau tahta raja, yakni “Rajo Tuo” di Anjuang Emas dan “Tuan Gadih” di Anjuang Perak

Ukiran yang membalut Istano Si Linduang Bulan berjumlah lebih dari 200 macam motif ukiran. Hampir seluruh motif ukiran Minangkabau terdapat di Istano Si Linduang Bulan. Ukiran itu mendominasi bentuk luar fisik bangunan yang kaya dengan simbol-simbol. Setiap ukiran dan penempatannya mempunyai makna sendiri-sendiri, sebagai tanda bahwa Istano Si Linduang Bulan adalah rumah gadang raja atau rumah pemimpin rakyat atau sebagai”Pusat Adat”.

Beberapa motif ukirannya antara lain terdapat di bandua Ayam bagian memanjang di bawah jendela, dihiasi tiga jenis ukiran: Aka Cino Bapilin, Sikambang Manih dan Siriah Gadang. Pada bagian dinding yang lebih luas dihiasi dengan ukiran: Pucuak Rabuang dan Aka Cino ditambah dengan hiasan kaca Tabentang Kalangik. Pada jalusi di atas jendela dihiasi dengan ukiran tembus dengan motif Si Kambang Manih. Pada bagian di bawah pinggir atap yang disebut dampa-dampa dihiasi dengan tiga jenis ukiran: Pisang Sasikek, Aka Cino dan Tantadu Bararak. Pada pintu masuk ditemukan berbagai ukiran: Tupai Managun, Daun Bodi, Saik Wajik, Bungo Lado, Buah Palo Bapatah, Itiak Pulang Patang.

Banyak lagi bagian-bagian pada dinding Istano Si Linduang Bulan yang diukir dengan berbagai jenis ukiran. Umumnya ukiran-ukiran itu didominasi oleh warna-warna: merah, kuning, hitam dan diselingi oleh warna coklat (warna tanah) serta warna perak dan emas.
Di bagian dalam Istano Si Linduang Bulan semua bagian ditutupi dengan kain tabir dan langik-langik dengan sulaman bertatah warna emas dengan berbagai motif pula. Ini semua merupakan hasil kerajinan rakyat dari nagari-nagari di sekitar Pagaruyung antara lain: Sungayang, Pandai Sikek.

Sekarang Istano Si Linduang Bulan tidak lagi menampilkan sosoknya sebagai Istana Raja, karena sejak kemerdekaan Republik Indonesia, keluarga ahli waris Daulat Yang Dipertuan Raja Pagaruyung sudah menyatukan diri dengan negara kesatuan Republik Indonesia. Namun begitu Istano Si Linduang Bulan tetap berfungsi sebagai Pusat Adat bagi masyarakat Minangkabau. Fungsi ini sudah merupakan adat dan menjadi bagian dari budaya bangsa.
(Sumber : Tambo Pagaruyung dan Silsilah Ahli Waris Daulat Yang Dipertuan Raja Pagaruyung)




Masjid Raya kami berhenti untuk menunaikan solat setelah pulang dari melawat Istano Linduang Bulan.























Walaupun letih namun wajah-wajah ini memaparkan rasa puas hati dan seronok dengan percutian 4h3m di Ranah Pusako, Sumatera Barat