Friday, June 1, 2012

KENDURI.

" kenduri pakngah pun x jg..acik itu hr x g jg..miktam pun xg jg...ni makcik wat knduri adik dia x g jg..org ln blh g pulok..yg 2 bria tlg ms kita knduri.."  Ni lah ayat yg seseorang sms kat aku bila aku nak gi kenduri Abg Ramly Bengkel STK. Aku sememang dah fed up tahap maksima dengan seseorang tu . ada jer sebab nak cari pasal. Bila di tanya nak g ke tak ? dia kata tak nak pergi. Tapi bila dah lama lepas dia boleh ungkit pulak tak pergi. Pasal tu lah bila keluarga buat kenduri tak ramai orang datang. Sikap anak beranak yang susah nak di didik nak di ajar untuk hidup bermasyarakat. Jangan kan kenduri sedara  mara yang dok jauh jiran yg sebelah rumah pun tak nak di jenguk. pengalaman ada yang tak mahu dijadikan teladan. Lagi satu sikap memilih saudara yang kaya dberharta jer.

Saturday, May 26, 2012

Friday, May 25, 2012

Ateng........ ceria sokmo... dah besar nanti mesti happy go lucky... harapan ayah dan ibu ateng sebagai penyeri dan dan penghibur keluarga kita.
Damia & Dania.... Permata Hati - Pesanan Buat Anak Ku. Anakku yang dikasihi, Tanpa kita sedari terlalu cepat masa berlalu dan kau yang suatu ketika dulu masih kecil, manja dalam pelukan Ibu, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar erti hidup. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cabaran. Cabaran yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsu mu, kewibawaan dan tugas-tugas mu. Ketika inilah kau, kau ingin merasai semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung ramai. Kau ingin disayangi dan menyayangi. Anakku... Jika tiada iman, nescaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan. Oleh itu, Ibu berpesan agar betullah kau dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah kerana tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang terkecuali, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata, "Seorang remaja jika dapat melalui cabaran di zamannya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya, selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal mengunakan zaman remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan akan datang". Wahai anakku, Seringkali ibu menangis, melihat perubahanmu. Dulu, kau tidak begini. Kau seorang yang taat pada perintah ibu, yang cukup malu bila auratmu terdedah, walaupun ditiup angin. Kau amat teliti dalam menjaga solat-solatmu dan kau cukup suka bila ibu ceritakan tentang ketokohan wanita-wanita dahulu dan anakku, ibu tanam satu harapan padamu, kiranya bila kau besar nanti, kau akan menjadi orang solehah. Anakku... Wanita itu dijadikan Allah penuh keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat itu. Jikapun kau cantik, anakku, tak ke mana cantikmu itu. Jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih terlalu ramai yang mempunyai kelebihan mengatasi dirimu. Usah kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu. Jagailah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagailah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrim mu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakerawala asalkan kau dapat pertahankan panggilan wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya. Anakku... Kau berpakaian anakku sebenarnya untuk menutup kulitmu, untuk melindungi bentuk badanmu daripada pandangan lelaki jalanan. Oleh itu, pakaianmu hendaklah longgar, tidak nipis dan satu lagi syarat anakku, pakaian mu itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik. Perhatikan hadith ini..."Sesungguhnya antara penduduk neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (pakaiannya tidak berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat), perempuan-perempuan yang condong kepada maksiat dan berusaha menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka ini tidak mungkin akan masuk syurga selama-lamanya dan tak akan dapat mencium baunya selama-lamanya. Jangan kau merasakan dirimu terlalu gagah hingga kau sanggup melanggar hukum-hukum Allah, penciptamu dengan sengaja. Apatah lagi jika melanggar peraturannya dengan rasa bangga dan sombong, ingkarmu terhadap hukum-hukum itu, samalah maknanya kau melawan Tuhanmu, sedangkan kau cuma seorang hamba dan Allah itu Tuhanmu, Maha Memiliki segala isi langit dan bumi. Anakku Sayang... Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan ianya berat. Setiap arahan Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apatah lagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan nescaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar. Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langkah-langkah yang diredhai Allah.

Friday, April 13, 2012



Semalam kakak kena rotan.Kakak kan nangis masa balik dari tunas manja.ibu bagi gula2 kakak diam lah.ateng pulak x nak buka lagi gula2. dia nak makan kat umah.sampai di rumah kakak rampas plak gula2 ateng yang x buka lagi tu.kesian lah ateng.jadi ermmm apa lagi...dapat hadiah lah kakak.. lain kalai jangan lah buat macam tu yea.Kakak Damia masa kecik ni ayah nampak ciri2 kempimpinan tu ada. Harapan ayah di masa hadapan dapat memimpin adik-adik agar menjadi insan yg solehah.

Thursday, April 12, 2012

Norsyaza Dalisha




NAMA : NORSYAZA DALISHA
TARIKH LAHIR : 13/09/2011
MASA : 07.03 PG
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH TEMERLOH
BERAT : 2.78 KG

Monday, March 14, 2011

Wednesday, February 3, 2010

NORSYAZA DANIA





NAMA : NORSYAZA DANIA
TARIKH LAHIR : 08/01/2010
MASA : 05.03
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH TEMERLOH
BERAT : 2.10 KG

Friday, December 11, 2009

Norsyaza Damia 2





3H2M Bangkok






Kalau dulunya lawatan aku ke Saigon bersama Jia Au ,Panantara dan
Chin Sun tp kali ini aku bersama Panatara 3H2M ke Bangkok pulak.
Bergerak jam 1 pagi pagi setelah semua berkumpul di Hotel Centrepoint Temerloh.Walaupun Flight pukul 9 pg tp ramai yang mahu tiba awal di sana agar tidak agak tergesa-gesran kami di sana.

Dengan menaiki Pesawat MH 874 kami selamat tiba di Bangkok jam 11 pagi. Tour Guide Mr Saboone dah sedia menanti kehadiran kami ke Kota Bangkok.

Thursday, July 30, 2009

SMK PPTR JERANTUT MENGEGARKAN KUCHING SARAWAK




























LAWATAN MEMBELI BELAH
SMK PPTR JERANTUT,PAHANG

TARIKH ; 15-16 OGOS 2009
TEMPAT LAWATAN : KUCHING SARAWAK
JUMLAH PESERTA: 68 ORANG


Hari 01 15 Ogos


Ketibaan – Kuching
Kumpulan 1 : Berlepas dari SMK PPP Tun Razak seawal jam 2.00 pagi dengan bas persiaran berhawa dingin. Tiba di LCCT, urusan daftar masuk oleh wakil kami. Penerbangan dijadual berlepas pada jam 08.20 pagi dan tiba di Kuching pada jam 10.05 pagi. Dijemput oleh wakil kami dan dibawa ke Kilang Pasu Sarawak. Tetamu berpeluang melihat proses pembuatan Pasu Sarawak sambil membeli-belah.

Kumpulan 2 : Berlepas dari SMK PPP Tun Razak seawal jam 02.00 pagi dengan bas persiaran berhawa dingin. Tiba di LCCT, urusan daftar masuk oleh wakil kami. Penerbangan dijadual berlepas pada jam 09.45 pagi dan tiba di Kuching pada jam 11.30 pagi.
Kemudian, kesemua tetamu dibawa ke Kuching Waterfront untuk menaiki Sarawak River Cruise. Makan tengahari diatas 'cruise'.

02.00 Petang : Dibawa ke Kg Budaya Sarawak. Terokai keunikan 7 replika rumah tradisional 7 etnik utama Sarawak ; Melayu. Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan Penan. Tetamu kemudian akan dihiburkan dengan pertunjukan kebudayaan di teater berhawa dingin.
05.00 Petang : Pulang ke Kuching. Dalam perjalanan, singgah di industri desa Kek Lapis Sarawak.
06.00 Petang : Singah di Pasar Satok
07.30 Petang : Makan malam di Gerai No 3 di Top Spot.
07.30 Petang : Dihantar ke hotel penginapan untuk berehat.

Hari 02 16 Ogos


Serikin – Kuching – Penerbangan Pulang
07.30 Pagi : Berlepas ke Serikin untuk membeli-belah.
11.30 Pagi : Kembali ke Kuching.
12.30 Tgh : Makan tengahari di Restoren Grand Malay.
02.30 Ptg : Lawatan ke sekitar Bandaraya Kuching ~ Singgah di Water Front dan Monumen Kucing, melalui 'Chinatown, Kampung Melayu dan membeli-belah di Main Bazaar.
Kumpulan 1 : 03.30 Ptg : Dihantar ke Lapangan Terbang Kuching dan pulang ke LCCT pada jam 05.50 Petang. Insya Allah tiba di LCCT pada jam 07.15 petang dan dijemput dengan bas untuk pulang ke SMK PPP Tun Razak.

Kumpulan 2 :
03.30 ptg : Dibawa ke Masjid Bandaraya Kuching Untuk Solat.
04.00 Ptg : Dibawa ke 'restoran Rasa-rasa' untuk makan malam dengan kos sendiri.
07.00 Ptg : Dihantar ke Lapangan Terbang Kuching dan pulang ke LCCT pada jam 09.05 Malam. Insya Allah tiba di LCCT pada jam 10.50 Malam dan dijemput dengan bas untuk pulang ke SMK PPP Tun Razak.